Friday, September 17, 2010

meneruskan aktiviti yang terhenti.

assalamualaikum
bismillahirrahmannirrahim

hampir lebih kurang satu bulan aku dan en. suami kurangkan aktiviti-aktiviti di kebun. tidak dinafikan berpuasa itu sepertinya memaksa aku mengurangkan aktiviti-aktiviti yang boleh menjadikan aku cepat dahaga. memang benar pun, membuat kerja-kerja sekalipun yang ringan-ringan di kebun mendorong aku mengambil air lebih dari biasa. yang tidak selesanya apabila selalu kena melawat dr. tan.
cuma ada lima kuntum sahaja pada satu tangkai yang sama.
 hari raya ke 3 sudah tidak sabar mahu ke kebun. tambahan pula seminggu sebelum hari raya, aku sempat menanam pokok orkid di tepi pondok yang hampir siap. di dalam hati rasa teramat marah dengan en. suami yang lambat teramat-amat lambat menyiapkan pondok tersebut. manakan tidaknya, asal usul sekadar menjadi tempat melepaskan lelah tetapi akhirnya sudah menjadi seperti banglo di estet, kelas gitu, ala ala resort pun ada jugak.

warna yang lebih terang walau hampir sama.

hari ini cuti satu malaysia. pagi-pagi aku sudah dikejutkan oleh en. suami untuk menyediakan keperluan ke kebun. panas hati sudah tahap air mendidih, 100 degree celcius sudah. tapi bila memikirkan memenuhi suruhan itu sudah menjadi tanggungjawab isteri, aku gagahi jugak bangun suboh suboh shafie. kenapa pulak orang tua ni kemaruk nak ke kebun pagi-pagi buta begini. aku biarkan soalan itu tanpa jawapan.
pokok yang sama cuma dari sudut yang berbeza.

setiba saja di kebun, aku menjerit suka. pokok anggerik aku sudah berbunga. cepat gila hatiku mencongak. mungkin itu tempat serta habitat yang sesuai untuknya. en. suami sempat menjeling seraya berkata, sebab itu saya kejut awak pagi-pagi suboh, semata-mata mahu tunjukkan awak yang pokok anggerik awak telah berbunga. aku diam tersipu tapi dalam hati kembang sekembang bunga. dalam hati berkira-kira mahu tambah koleksi orkid pula. senangnya dalam hati bila lihat pokok yang aku tanam menjadi.

p/s : petuanya biasa-biasa saja. mulakan dengan bismillah dan selawat untuk junjungan Nabi Muhammad SAW. selebihnya, mesti cukup air dan cukup baca. oh hampir terlupa, jangan lupa berinteraksi dengannya kalau mahu pokok cepat berbunga, boleh percaya ke?

4 comments:

Suara Kalbu said...

Cantiknya bunga kaler purple..

ctpayong said...

nnt kalau dah jadi bnyk..bleh dtg amek!! FOC lagi.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Wah!!

purple...

saya suka..

ctpayong said...

bila rumah kat kebun akak siap..you're most welcome..

handphone aku xde kompas