Bismillahirrahmanirrahim
aku rasakan hari kemerdekaan yang ke 53 kali ini seperti tidak hangat macam tahun-tahun sebelumnya. agak aku, kemungkinan kerana menghormati bulan Ramadhan Al Mubarak yang sedang berlansung. di tempat aku, berdentam berdentum pun hampir tidak aku dengar atau aku yang keletihan sudah awal-awal lagi berdentum di katil aku. manakan tidak letih, biasa aku memasak untuk makan malam sahaja, kalau bukan bulan puasa, makan tengahari terus dari tempat kerja kecuali hari sabtu dan ahad aku jadi suri rumah sepenuh masa. bulan Ramadhan lain halnya. memasak berbuka bab lain, sahurnya bab yang lain pula. syukur Allah SWT beri nikmat sihat, dapatlah berbakti buat anak dan suami. letih memanglah letih tetapi apabila waktu berbuka, lauk aku yang habis dulu, kembang kuncup hidung aku. ade jugak ketikanya kehabisan idea dan mood tidak mari.
3 hari sudah berlalu tarikh keramat itu. 31 OGOS yang ditunggu berlalu lesu. mungkin juga kerana banyak isu-isu yang datang bertubi-tubi menjadikan minda setiap orang dari kita sebagai rakyat Malaysia tidak begitu teruja menyambutnya. isu buang bayi, isu sengketa negara jiran, isu institusi agama yang dicemari dan isu penyamaran individu di laman-laman web sosial yang paling terkini. masaalah dulu lain, sekarang masalah lain.
yang lebih penting, memerdekakan diri dari nafsu, memeranginya hingga ke akhir waktu.
matahari pun macam sedih melihat dunia yang sudah letih. |
4 comments:
Ya betul tu Ibu,
Macam macam perkara berlaku kebelakangan ini.Mudahan-mudahan tidak berlarutan dan membimbangkan.
Kita mahu hidup kekal aman
salam.
ibu dulu bukan dari keluarga senang. waktu belajar kena tanggung adik yang belajar.
"aman" negara itu penting untuk keselesaan semua. syukur alhamdulillah, apa yang kita tidak dapat di Malaysia? semua ada! yang penting "berusaha".
sekurang2nya beri penawar hati.
raya pun tak bermakna.pulangkan
sekurang2nya beri penawar hati.
raya pun tak bermakna.pulangkan
Post a Comment