Monday, August 30, 2010

jangan sampai ada pulak ketam yang mahu mengajar kita berjalan tegak.

siapa yang silap dan siapa pula salah? siapa betul dan siapa yang benar?. manusia mana ada yang sempurna. sempurna itu hanya milik Dia, milik mutlak Allah SWT. namun Allah SWT tidak kejam. Dia datangkan utusan iaitu Nabi Muhammad SAW. malah dilengkapi dengan Al Quran dan Hadith sebagai rujukan.
sesungguhnya Al Quran dan Al Hadith sebaik-baik tempat rujukan.

inilah akibat apabila agama dipolitikkan. natijahnya hukum Allah SWT dengan mudah ditukar ganti dan diputar belitkan. sunhanallah, tidakkah Islam itu mencakupi dalam segala aspek.

aku bukanlah orang yang boleh membincangkan perkara ini. sangat sedikit ilmu aku tentang ini tetapi yang sedikit itu yang aku pegang sampai mati. selayaknya yang arif dan telah Allah SWT beri kelehihan kepandaian di dalam hal-hal begini wajib berani mengajar dan membetulkan kesilapan. jangan sampai ada ketam yang mahu mengajar berjalan betul. maka tiada arah tujuan akhirnya. hukum Allah SWT itu nyata halal haram sunat dan harusnya.

setelah 53 tahun Malaysia merdeka, apakah masaalah dahulunya mudah menjadi terlalu susah dewasa ini.  

P/S : aku bersekolah agama tidak sampai darjah khas tetapi apa yang aku pelajari dan aku ketahui aku amalkan. rujuk pada yang pakar. kalau yang pakar pun takut bersuara maka harus pula kita bertanya kepada mereka, tidak takutkah tuan terhadap api neraka???

wallahu'alam bissawab.

4 comments:

Anonymous said...

nak idup der

sepet said...

sabar.nanti dulu.belum tentu al-quran itu dipolitikkan atau dipersendakan..dgrkan dahulu apa alasan mereka. media tak boleh pakai dan batu api penyebab perbalahan semata. takkan nak percaya bulat2 kot..

zaza said...

bukan semua boleh kita tolak ke tepi atau berdiam diri. paling tidak kaji jangan asyik menggigit kuku sendiri.

sephia said...

jgn beremosi sbb semua ada rasa yg sama. penilaian berbeza. kalau org boleh kecewa kenapa tidak kita bertahan walau terseksa. kurang kesabaran. tak tau apa2 terus nak menghukum..

handphone aku xde kompas