Wednesday, August 25, 2010

tidak sepatutnya ada sengketa antara kita...

segala yang Allah SWT jadikan untuk kita lihat dan beriman hanya kepada-Nya
assalamualaikum
bismilahhirrahmahnirrahim

Malaysia dan Indonesia adalah di bawah satu rumpun nusantara seperti dua sahabat karib yang sewajarnya melindungi antara satu sama lainnya dan sering maaf memaafkan.

saya terpanggil untuk bercerita tentang kisah benar yang saya alami sendiri dan yang mahu saya kongsikan untuk renungan bersama.

23/12/2003 saya dijemput Allah SWT ke rumah-Nya menyempurnakan rukun islam yg ke 5. saya dan suami berangkat ke madinah sebelum ke makkah kerana kami mengerjakan haji tamattuk.

pengalaman pertama :
sewaktu di masjidil haram, makkah mukarramah, sedang saya menunggu azan asar, seorang jemaah terjatuh di atas sejadah saya. waktu itu saf memang berhimpit-himpit sehinggakan jemaah ini tersepit. saya lantas menariknya dan kami solat asar bersebelahan. selesai solat dia mengucapkan terima kasih dan saya pasti jemaah itu daripada negara jiran, indonesia. saya menyuruhnya mengerjakan solat hajat dua rakaat kerana dia terpisah dari suaminya ketika terjatuh tadi. alhamdulillah, kurang lebih 15 minit mereka dipertemukan kembali dan kami mengucapkan salam perpisahan.

pengalaman kedua :
kemuncak haji pun tiba apabila semua jemaah diwajibkan ke arafah, muzdaliffah dan mina untuk menyempurnakan rukun haji seperti yang diwajibkan. suatu ketika sewaktu saya dan suami mahu menyempurnakan antara rukun2 haji, melontar jamrah, kami terpisah dari kumpulan jemaah haji malaysia. kami terkepong didalam kumpulan jemaah haji dari turki yang bertubuh besar lalu kami suami isteri pula tersepit antara mereka. kami terasa ditarik keluar dari rempuhan itu dan berada ditengah-tengah kumpulan jemaah haji dari indonesia. lalu salah seorang dari mereka berkata, "kami melihat mbak (kakak) hampir terjatuh, kami cepat2 tarik keluar."

di dalam hati saya berkata,"oh, di bawah satu rumpun nusantara, kerana itu saling bantu membantu."

p/s : tahukah anda lapangan terbang batam namanya "Lapangan Terbang Hang Nadim" dan terdapat juga jalan2 di sana dinamakan dengan Jalan Hang Lekir dan Hang Lekiu.

nota : arwah bapa mertuaku asal usulnya dari  kudus, jeppara yang minggat ke malaysia sebelum merdeka dan mempunyai keluarga besar dengan meninggalkan 9 orang anak. saya adalah menantunya yang paling bongsu.

1 comment:

sufi299 said...

uwaa...knp blog dah keras?..tak update la tuh..:-)

handphone aku xde kompas