andai hari ini hari terakhirku dan ini kesempatan terakhir aku menghantar sms kepadamu, aku mohon halalkan segala makan, minum dan pakaiku, aku mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kesalahan serta kekuranganku sepanjang aku menjadi isterimu.
Ya Rabb, aku tahu belum cukup amalan sebagai bekalanku menemui-Mu namun aku juga takut jika aku terlalu lama di dunia-Mu ini aku khawatir akan menambah dosa-dosa yang tidak mampu aku pikul ketika berdepan dengan-Mu.
soalanku :
kenapa dia (salina) menghantar sms sedekian rupa kepada suaminya sebaik sahaja suaminya berlepas ke tempat kerja.
jawapan salina :
biar dia (suaminya) tahu aku isterinya bukan batu, dibiar tanpa bertanya khabar, hidup atau sudah matikah biniku ini.
mahu ketawa pun ade, sedih juga ade. tapi yang mampu katakan adalah ungkapan standard charted, bersabarlah salina, Allah sangat sayangi kamu dan Allah duga kamu ikut kemampuan kamu. ade hikmat di sebalik dugaan ini.
salina hanya tersenyum, samada sudah habis airmatanya atau tamparan sinis kpd tuan penasihat, aku. yang pelik, aku yang menangis sampai hilang make-up buatan malaysia yang aku sapu.
No comments:
Post a Comment