Wednesday, August 18, 2010

jika kita di tempat dia, bagaimana agaknya?

Pertama...
jika engkau di tempatku, ape akan kau rase. bila engkau memberi jawapan mutlak; ini semua kys, engkau bukan majority holder lagi di kys jadi engkau tidak boleh buat keputusan dan engkau tidak boleh bersuara. dan kau tahu aku pasti "terdiam" sbb aku tiada tempat di syarikat besar spt kys. dlm kys semua org bijak pandai...aku sekadar budak poly yg sudah lapok.

Kedua...
jika engkau di tempatku, ape akan kau rase, bila suami sibuk menyusun hal-hal wanita lain; loan rumah, loan mahu beli kereta hatta sekalipun lebih menghargai pengorbanan wanita lain. sampai2 masa depan dia pun mahu kau urus dan kau atur. dan aku sekadar perempuan yg telah engkau "pencen"kan.

Ketiga...
aku tidak salahkan atau kaitkan siapa-siapa dalam hal-hal begini. nnt akan ade yang berkecil hati. akan ade yang berjauh hati. yang lagi sakitkan hati, hati dan perasaan orang lain yang akan mendapat pembelaan mutlak darimu. dan aku akan kau biarkan termanggu. jika engkau berada di tempatku, apa engkau akan rase.

Keempat...
siapa pun tidak dapat percaya bila aku bercerita sbb kau dapat "beli" semua orang di sekelilingmu dengan "harta" tapi bukan perasaanku malah aku semakin takut sebab engkau sering "lupa"kan aku bila engkau berada di dalam gembira.

Kelima...
siapa pun jika berada di tempatku akan merasa buntu serta penasaran cuma sekadar dambakan keikhlasan serta kasih sayang dari seroang yang di panggilnya "suami". 
jika engkau berada di tempatku seketika, apa akan engkau rase.
di ketika ini yang dapat aku rasekan bahawa jauh di sudut hatimu mahu berkata, "kau ini hanya menyulitkan urusan!", tapi tiada kesampaian untuk melontarkan.

Keenam...
Ya Rabb, aku bukan mohon disegerakan  kematian kerana amalanku masih jauh dari sedikit tapi aku tidak mahu menjadi manusia yang menyusahkan sehingga menambah doasa sedia ade.

Ketujuh...
wallahu'alam.  

1 comment:

Avaya Jeans said...

hmm..biar saje. Hidayah tu kerja Dia. Dia akan beri jika kita terpilih, jika tidak, bahagialah kamu didunia sepuasnya hingga tiada lagi kebahagiaan yg tersisa diSana. Harta juga musibah kepada yg lupa. Salina lurus je k.

handphone aku xde kompas