sudah 1.30 tgh. masih lagi di bangi, meraikan majlis persandingan cucu saudara. perghhh..cucu saudara ea..sudah tua rupanya aku. sudah ade cucu yg sudah berkahwin. langit mendung tapi hujan tidak turun-turun. adoii, kalau sekarang belum bergerak balik, pukul berapa pulak sampai JB. kesian meow2 aku yang aku tinggalkan di rumah. makannya, minumnya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
sebenarnya penat, tapi bukannya penat rewang, penat membeli membelah di KL. urghh..puasa tidak lagi, baju raya yg disibukkannya. ape-ape pun, puas hati so call shoping di KL ni. banyak choices dan harga pun affordable. kalau di JB, minta maaf ajelah jawabnya. bagus jugak beli awal-awal, bulan ramadhan sudah tidak kecoh-kecoh. kalau ikutkan hati, malas mahu beli baju untuk raya sebab baju raya tahun2 sudah satu almari masih elok-elok belaka. tapi sudah resmi manusia, hari raya paling kurang pun mesti mahu ade satu baju baru.
11/08/2010 sudah mula ramadhan. bulan puasa sebenarnya bukan kurang makan tapi kurang tidor. anak-anak aku mana boleh tidak bersahor, mahu kebelai nak tunggu berbuka.
p/s : semoga kaki aku yang terseliuh ini cepat semboh. susah jugak mahu sholat taraweh gayanya begini. insyaallah. Allah tunaikan permintaan aku ini.
1 comment:
alhamdulillah aku sekeluarga selamat sampai di rumah jam 9.30 mlm. puak2 jantan tu terus tengok chelsea vs man u, grrr.
Post a Comment