Sunday, August 1, 2010

yang jahat nyata jahat, yang baik belum pasti baik.

Tidaklah Allah SWT itu menjadikan siang dan malam melainkan supaya kita mengambil iktibar daripadanya.
Subhanallah, aku jugak tidak adil untuk mengadili siapa benar siapa salah. aku hanya manusia biasa yang kerap habis sabar kerana hasutan syaitan. terkadang lain yang aku mahukan, lain yang aku terima. orang selalu berkata, mahukan baik, baiklah dapatnya dan inginkan jahat, jahatlah yang diterima. namun jauh di sudut hatiku aku mahu yang baik, terbaik untuk semua. gembira melihat yang lain gembira. pun begitu, aku tersasar juga. memang pengalaman itu adalah titik hitam di dalam hidupku. setiap saat aku tidak lupa mohon ampun daripada Allah SWT. aku tahu, Dia maha pengampun, mengasihiku serta menyayangiku. Dia memberitahu aku bahawa di dalam baik ada baik dan di dalam baik juga ada jahatnya. di dalam jahat tetap jahat, begitu juga ade baiknya.

tiadalah salah seorang di antara kita yang akan memberi atau mendapat hidayah melainkan hanya daripada Allah SWT. pengalaman itu mengajar aku, sungguh. tapi aku percaya, Allah SWT tahu apa yang aku mahu. Dia mengajarkan padaku supaya bersyukur dengan yang sedikit, hargai apa yang ade kerana di dalam mengharap serta mendambakan sedekit kelebihan, aku hampir terjerumus di lembah kehinaan. pun aku pasti Allah tetap tahu niat yang tulus dari hatiku. sesungguhnya bagi mereka yang melewati kejahatan, mereka juga telah Allah SWT hampirkan dengannya pintu taubat. Engkau maha pengampun ya Allah. tiadalah siapa yang dapat mengampuni dosa-dosaku melainkan dengan rahmat-Mu jua ya Allah. lindungilah aku dengan rahmat-Mu dari segala kecelakaan yang sesat lagi menyesatkan. aku miskin, bodoh lagi daif. aku damba apa jua kebaikan dari-Mu untuk mengatasi keadaan diriku ini.

p/s : janganlah kita hampiri dosa bila kita ketahui sahih perkara itu berdosa. dan apabila kita tiada perdulikan larangan-Nya bererti kita juga telah mengkhianati nikmat-Nya. Ya Rabb, aku harap Engkau tidak jemu mendengar permintaanku agar Engkau mahu mengampuni dosa-dosaku.

2 comments:

sudin said...

arak tidak haram jika tak diminum, b#b* tak haram kalau ia x disentuh atau dimakan.
solat x sah tanpa wudu`. Dosa tak ditulis bila sekadar niat.
Tapi kalau tauhid itu tiada, segala jadi sia2...innama a`malu binniat..

budak kuning said...

sibghatullah...mereka yg didalam lingkungan cetakan yg Allah mahu, insyaallah mereka terbimbing dr khatib iblis yg menyesatkn.
Nerakalah kepada mereka yg beramal tanpa keikhlasan.

handphone aku xde kompas