Friday, February 11, 2011

hadiah paling mahal untuk ibubapa ( 2 )

bismillahirahnirahim.

indah itu terkadang kala tersembunyi
aku teruja baca komen dari kawan-kawan tentang entri aku ini walau hanya beberapa butir saja komen yang diberi, aku sangat2 hargai. aku bukanlah orang yang arif dan berilmu. tapi bagi aku, 'pengalaman' juga dapat aku nobatkan sebagai IPTA/S. pendidikan itu foundation yang perlu ada untuk kita terus kukuh tegak. yang dikatakan 'ilmu' (agama) adalah yang kita ketahui/pelajari/dalami lalu kita praktikan/amalkan.


andai aku salah harap dapat diperbetulkan/dimaafkan tentang statement ini iaitu doa yang tidak ditolak oleh Allah SWT. sesungguhnya Allah SWT tidak akan pandang sepi (tolak) doa kedua ibubapa untuk anak-anaknya. pun tidak terputus hubungan kita (anak-anak yang soleh/soleha) dengan mereka setelah mereka berpindah ke alam barzakh nanti.

aku mahu balas komen mereka di sini :

to GW  [Ghost Writer]: bila mahu berpesan atau menyampaikan, kena variasi, sebab manusia pun bermacam-macam asam garamnya. masa shj selalu cemburu dgn kak ct.
to sasa [Aku is Aku]: degil pun kena tengok tempat. patut degil dan berdegil@ego kita juga kena pertahankan.
to a logman [Apa Khabar Orang Kampong] : berdoa untuk kedua ibubapa adalah antara ciri2 anak yg soleh/soleha, ameen.
to SHM [Siti Hajar Masri] : usaha tangga kejayaan.
to azzey [azzeyatin] : mudah2an. ingatkan kak ct juga ya.
to abgreds [abgreds] : betol sangat2. belajar dan mendidik tiada batasannya. maka ambillah yang baik-baik sahaja dan yang buruk2 itu kita tambahkan perkataan 'tidak' di hadapannya.
to suichi [jejari pitik]: menjadi anak yg soleh/soleha tidak perlu modal tapi daya mental kena kuat.
to SS [sephi sephia]: keberadaan sekadar mendorong menjana iman tersohor.
to PM [Life is full of surprise] : tahniah jugak kepada kamu kerana "like" mcm di FB.
to LadyBird [Ladybird's Life]: kalau tidak bantuan kalian kak ct pun kadang "menyetan" gak.
to e indah [Legacy 'e'] : rindu kepada orang tua adalah bunga2 iman.
to pakwi [puisi pakwi] : tiada lain yg paling mahal yg termampu oleh kita untuk kita berikan kepada mereka. kita pun bukan dari kalangan harta jana harta. semoga kita berjaya.
to she retarded [retarded kitty] : moga2 kita berjaya. kita cuba! kita cuba!
to azana [walk to remember]: kita buat apa yang termampu untuk saling bantu membantu. mahu derma ribu-ribu pun kita sendiri masih perlu.

p/s : sama-sama kita berpesan-pesan katakan 'TIDAK' pada yang 'HARAM'. lor kak ct....sudah macam iklan rokok la. aku pernah beri perumpamaan tentang doa ibubapa terhadap anak-anak. bunyi dia macam ni.

"doa ibubapa terhadap anak-anak sama seperti pintu dalam cerita gate-samrt...sampai saja terbuka".

haish kak ct neh...ada ke patut buat perumpamaan macam tu.
kak ct kata : bukan senang nak beri example yang senang untuk anak-anak senang nak faham!.
kelakar jugak kak ct ea. terlebih tonton raja lawak agaknya aku ni.

8 comments:

Suara Kalbu said...

Hadiah paling mahal untuk ibu bapa pada ida selalu buat mereka bangga kerana kita. Jangan sesekali tumpahkan airmata mereka kerana kita. Selalu mendoakan yang baik-baik untuk mereka selagi ada nafas kita.

Saya tidak punya harta untuk buat mereka bahagia tapi saya cuma ada kasih sayang dan jaminan yang saya akan jaga mereka selagi mereka masih hidup.

ghost writer said...

ya aku faham...sangat faham.

(tunduk sambil berlalu pergi dengan langkah yang longlai...

sepi dan hening....)

ctpayong said...

to SKII : mahal toh.

ctpayong said...

to GW : walau jauhnya kamu di bumi yg ke 7 dan mereka di langit yg ke 7, doa mereka tetap sampai untuk kamu dan sebaliknya.

simpan janji itu kuat2 dalam hati.
kak ct 'sayang' orang macam kamu.

Amri Abd Rani said...

Pakwi punya seorang bonda lg,
seorang bapa telah pergi,
moga aman menghadap Ilahi,

Kini hanya mendakap bonda,
entah bila dipanggil ke sana,
namun diri telah bersedia,
kerana semuanya DIA yg punya....

ctpayong said...

to PakWi : kak ct pun dlm situasi yg sama. moga kita dapat berikan yg terbaik pada sisa2 hayat bonda tercinta, ameen.

LadyBird said...

Hadiah yg paling mahal untuk ibu bapa kita bagi lady adalah menjadi anak solehah/ soleh. bukan pd tingginya pelajaran kite, tetapi pd keupayaan kita untuk membantu ibu bapa kita bahagia di alam sana nanti. Apalah guna menjadi anak kebanggan dunia sdgkan di akhirat nanti kitalah penyumbang kepada kesengsaraan ibu bapa kita.

Sasa Al-Sharif said...

pertama sekali. nak minta maaf sbb tak terperasan ada nama sasa di situ. sejak akhir2 ni jarang bergerak2 sbb brodben buat hal. lembab semacam.

terima kasih atas komen kak ct sbg renungan untuk aku :)

handphone aku xde kompas