Friday, February 18, 2011

tidak masuk akal

bila salah satu institusi bank tempatan kena "akal" dan rugi RM19J.

Bismillahirahmanirahim.
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

'Merapi' selepas dihukum Illahi.
semalam aku tidur awal. penat serta letih yang tidak terkawal. kebiasaan cukup tidur 4 - 5 jam, buatkan mata tidak mahu pejam. aduh, baru 3 pagi bila mata melihat jam loceng penuh tajam. sedang asyik belek-belek akhbar semalam, kedengaran 'Surat Khabar' hari ini dilempar dengan kejam.

hari ini sedikit bangga diri. di rumah ini, menjadi orang pertama melihat berita terkini.sorry! sorry! ucap alhamdulillah. mudah lupa, cepat melatah mahu aksi segala.ini laporan akbar kok. bukan sms atau copy paste. mana mungkin institusi bank bisa 'terkena' sedang pegawai serta kakitangannya professional belaka. majikannya saja gaji sudah juta-juta rupiah.masakan aku silap baca. yang demikian itu, regardless pinjaman untuk projek yang bagaimana mega, kerajaan mahu pun swata, setiap individu mesti bertanggungjawab atas gaji yang diterima saban hari. mengkaji dan meneliti supaya jangan sampai ada yang rugi. rugi di dunia dan rugi di akhirat lagi kerana amanah dunia sebegitu udah tidak mampu dipikul bahu. tapi tetap gah, sukar akui ter'salah'.

hari ini, Jumaat tanggal 18 Feb., 2011 - Utusan Malaysia melaporkan : Dua syarikat palsu buat pinjaman bekal alat ganti pesawat TUDM.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman perlu buat kerja lebih dari biasa. perlu cari bukti jitu. syarikat palsu atau tuntutan palsu.

janganlah sampai kambus kepercayaan pendeposit. apa pun let the pro. do the job bro. semua kasus 'ter' jika sengaja benar tidak tahu dapat dipertimbangkan untuk dimaafkan. aku juga kerap kata 'jakun' pada mereka yang 'perak' (kata tutur dari perak). apa pun kata maaf dari Tok Guru Nik Aziz itu aku puji. pasti itu tulus suci serta ikhlas dari hati. wallahua'alam.

p/s : dua kasus 'ter' yang tiada maaf bagimu ialah "ter"liwat dan "ter"rasuah. kes yang tidak sudah-sudah. gelilah.

9 comments:

S..U..D..@..I..S said...

yang palsu dan tiada bukti terustrusan dicarigali..
yang terang dan nyata ditutup lagi dibela..

kita dipaksa menonton sandiwara...
sampai bila..

sahromnasrudin said...

bilekah drama swasta ini akan berakhir?? huhuhhhh

ctpayong said...

@sudais : yang benar pasti mekar.

ctpayong said...

@shahrom...: bertahun sudah. takkan nak biarlah rahsia..hahaaaaa

Sasa Al-Sharif said...

manusia semakin pintar dengan tipu helah

KUREKURE COMEL said...

fuuuhhhh...sindiran tajam tu..
tp...tak kan bgtu mudah utk bg pinjaman...kalau......oppsss....hehehe

Selipar Putus said...

muak dengan itu semua.. hukhuk

ghost writer said...

19J bukan calang2 banyaknya...kalau buat bayar kenaikan gaji kakitangan kerajaan pon lebih dari cukup.haha

konon sangat teliti tapi itu;lah pihak bank,selalu kabur mata bila menyentuh soal projek mega2..terus percaya.amik ko.

bagi yang lain2 tuh 'mainan politik lagi'

ctpayong said...

@sasa : dan sebenarnya semakin tidak takut dengan "hari" yang semakin dekat.

@---comel : itulah menjadi peliknya!

@---putus : sampai sakit perut asyik muntah.

@---writer : bila hilang utuh dlm laksanakan tanggungjawab.

handphone aku xde kompas