Sunday, February 27, 2011

tewas

terjaga dari tidor saja terasa macam sakit gigi@gusi. aku amat-amati. semalam sebelom tidur aku confirm gosok gigi. dalam hati-hati agar sakit tidak menjadi-jadi, hati pulak disakiti. dalam hati merungut sendiri. kerja rumah tidak habis sampai mati. kenapa tidak boleh nak faham perasaan isteri. niat asal mungkin barangkali bukan begitu. tapi ayat tak cantik terasa seolah aku diherdik.
suami : nak b/fast tak? cepat sikit kalau nak pergi.
isteri : ikhlas ke tak ikhlas nak ajak i b/fast ni?
suami : cepat sikit kalau nak pergi.
(aku dapat bersabar lagi)
suami : nak ke tak nak ni?
(aku di sinki sedang cuci saki baki pinggan & gelas malam tadi. hati sedikit panas lantas balas dengan nada keras)
isteri : sejak subuh i tak kering jari. ingat i goyang kaki.
seketika, senyap sunyi. alang2 sudah bermula biar aku terusan luahkan.
marah
marah
marah lagi
airmata berderai kanan kiri pipi.
aahhh...aku kalah lagi
kawal amarah di hati.
suami : sorrylah..tak sengaja tadi. jom kita b/fast.

sakit gigi tambah sakit hati tambah lagu sakit kaki. sekaligus aku diuji hari ini.

sebenarnya sudah lama aku tidak 'mengamuk' macam tadi pagi. selalunya boleh kawal diri.

sedih dan diam sepanjang hari.

26 comments:

KUREKURE COMEL said...

sabar ye...mina pham..sbb tu mat kata mina ni kuat melawan...


jgn simpan tau...kalau tak puas hati...bincang baik2...hehehe...


smile....baru ok...kn...kn...

ghost writer said...

take a easy..thats it.

tak leh lebih2 komen dalam soal rumahtangga orang sebab sedar kalau aku belum merasanya.

S..U..D..@..I..S said...

mulakan pagi dengan ceria2....
sarapan dengan semangat ..
rezeki jgn ditolak

jomsantaisekejap said...

Kalau tak gaduh, mana ada thrill dalam rumah tangga... gaduh2 ni merapatkan lagi hubungan suami isteri..kan..kan..kan kak ct..
opsss terlebih sudah.

Sasa Al-Sharif said...

harap tak marah lama. kesian encik hasben kesunyian

Pala Maldini said...

sabar.. sabar.. coobbaaann..

Adlan Solis said...

huhu..sabar yer..^^'

Piasara said...

sabar2...biasa la kalau hidup berumahtangga..kalau tak dak 'bunyi2'sikit tak meriah la.Mendatar jer kan..

akU GaDis said...

sabar ea ^^

Amri Abd Rani said...

sakit yg membuat badan semua sakit ialah sakit hati, namun sakit gigi kdg2 mngambil tempat sakit hati tu...

abgreds said...

Salam CT..
Biarkan berlalu, itu sudah berlaku..
Biarkan ia pergi, membawa lara membawa benci..
Moga diganti kasih hakiki..

KatekateKite said...

kite selalu cakap ngan mak kite, kite takut nak kawen.... :(
-----------------------------------
Latest : Terhegeh Hegeh Lah Korang Nih Kan?!

RuSh D said...

byk2 bersabar kak...

ctpayong said...

@kurekure comel : bila tak luahkan yg jadi angin lintang. tetap sabar..insyaallah.

ctpayong said...

@G/Writer : i will. thank you very much.

ctpayong said...

@sud@is : starting from that day..b/fast bagi bersama en suami sudah jatuh kategori "mesti".

thanks for the support.

ctpayong said...

@JSS : betollah kata JSS. masing2 baru tahu kurang sini sana. perelok mana perlu.

ctpayong said...

@SASA : kak ct cepat marah dan cepat reda. alhamdulillah. mmg selalu kesian en suami eh...kesian kat kak ct ekekeeee.

ctpayong said...

@PM : iyo la...thanks!

ctpayong said...

@AD : terima kasih beri semangat. ya harus sabar.

ctpayong said...

@Piasara : betol jugakkan..geraf tu mendatar je...tak cantik gak kan.

ctpayong said...

@AG : yup!

ctpayong said...

@AAR : mmg betollah. bila sakit gigi semua fail...adoiiii.

ctpayong said...

@abgreds : sesekali luahkan tu yang ribut petir sabung menyabung. tapi lepas hujan...udara jadi bersih dan nyaman. thank you to Allah and thank you to you too.

ctpayong said...

@KKK : eh tokleh mcm tu. bertengkar tidak apa jgn sampai berselingkuh. adat rumah tangga. kena bertawakkal.

LadyBird said...

sabr ye kak.. :(
dugaan berumahtangga..
lady selalu tgk org yg dh kawin gaduh..
tp mmg itu hakikat kehidupan..
kdg2 gaduh ni boleh merapatkan hubungan..
semoga begitu hendaknya..
ameeennn..

handphone aku xde kompas