Tuesday, November 30, 2010

separuh sempurna pun susah mahu ketemu

bismillahirrahmanirrahim.
masih lagi dalam kondisi sakit gigi.

thank you google
jumaat ini ada pemuda mahu datang merisik aku..eh adik aku yang bongsu. masih ingat lagi pesan arwah ayah aku dulu, jangan terlalu memilih. akal kita tidak terjangkau untuk memikir takdir. redha atas ketentuannya. kalau sudah dinamakan jodoh, tidak akan kemana. jodoh itu hak Allah. memang arwah ayah seorang yang tebal agamanya. cuma keturunannya yang makin lama makin nipis dan tipis. emak aku macam kurang setuju dengan "mambang" yang mahu masuk meminang ini. kata emak, sendiri belum steady ada hati mahu berbini. aku dengan adik beradik yang lain jadi buntu. emak bukan calang-calang orang. kalau sudah hitam kata hatinya, hitamlah sampai bila2.

aku pujuk emak supaya jangan terlalu memilih. mereka sudah berkawan lama, tidak elok kita biarkan begitu saja tanpa ikatan apa-apa. sepatutnya kita sudah bersyukur si "mambang" ini bukan sekadar kawan suka-suka. emak diam. mengiakan pun tidak menidakkan pun tidak. aku kata lagi pada emak, usahkan sepenuhnya sempurna, lebih sedikit dari setengah sempurna pun susah mahu jumpa. aku harap emak faham apa yang mahu aku maksudkan.

susah jugak jadi anak sulong. bila ayah sudah tiada, banyak perkara yang aku kena tanggung.

semoga majlis yang dirancang diberkati Allah.

p/s : agaknya nada suaraku terkuat sewaktu berbincang dengan emak tempoh hari. sebab itu agaknya aku sakit gigi. Ya Rabb, buat niatku dan sesungguhnya Engkau lebih tahu apa ada dalam hatiku. ampunilah aku.

Thursday, November 25, 2010

bosan

bismilahirrahmanirrahim.
hari ini hampir tidak dapat senyum. apa lagi untuk ketawa. aku tidak suka dilingkari situasi ini. bosan dan tertekan. penat dan lemas. Ya Rabbi, berilah aku sedikit kesabaran mengatasi saat ini. tidak gemar menunggu dan menanti. apatah lagi berhadapan dengan orang yang mudah mungkir janji.
thank you google
Subuh sampai Duha sampai Zohor. senyap tanpa berita tanpa cerita. masa lewati waktu. hingga Asar satu apa pun tiada khabar yang aku dengar. hati sudah malas. harap jangan sampai panas. takut jadi ganas.
thank you google
aku hantar sms :
tunggu punya tunggu punya tunggu..bila la..sampai dah hilang excitement..kenapalah selalu sangkarkan saya pada waktu dan keadaan...

diam.
tidak mengharapkan balasan.
takut hampa.
sudah biasa.
hampa.
thank you google
sms aku berbalas. tidak perlu aku tulis dan ulas di sini. seperti selalu salah itu memang menjadi milikku.

sinopsis : penantian itu "bosan"

p/s : kendati aku yang harus beralah, apakah aku yang bersalah?

Tuesday, November 23, 2010

pengalaman itu mengajar dan menyadarkan aku.

betapalah bertuahnya bumi malaysia ini.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.
hampir tidak kelihatan kenderaan di hadapan.
jangan silap. bukan tujuan menunjuk-nunjuk bila aku selalu ke sana dan sibuk bercerita pasal negara jiran tetangga. atas urusan kerja jugaklah yang membawa aku ke sana walaupun boleh aku kira negara jiran kita ketika itu sedang tidak aman oleh amaran Tuhan. pun seperti Allah SWT mengerti dan menghadiahkan aku pengalaman ngeri ini supaya aku patri kemas iman dalam hati. tujuan asal memang ke Yogyakarta untuk mengemaskini urusan yang belum selesai. hajat hati mahu bermalam dua atau tiga hari terpaksa aku kuburkan kerana keadaan yang amat tidak mengizinkan. aku dinasihatkan pulang dan bermalam di Semarang.

kereta yang berwarna hitam bertukar menjadi putih.
sepanjang jalan dariYogyakarta ke Semarang membuatkan aku cemas. debu memenuhi jalan dan sekali sekala hampir tidak kelihatan kenderaan di hadapan. udara sudah berbau belerang kerana telah bercampur-baur dengan debu Merapi yang garang. denyut jantung menjadi sedikit pantas mungkin kerana cemas. amaran tidak membenarkan umum lewati kawasan yang radiusnya kurang dari 20km sekitar Merapi. hati kecil meratap ngeri dan sesekali memarahi sikap degil yang jengkil.

namun bagi mereka, hidup mesti diteruskan.


Ya Tuhan, apakah yang mahu Engkau khabarkan kepadaku. hanya Engkau yang mampu tahu keadaan aku di kala kenderaan yang aku naiki di penuhi debu Merapi itu. rungutan sekadar di dalam hati namun sesekali  kelihatan jelas muka aku menjadi pucat seperti tidak berdarah lagi. masakan tidak, jalan yang aku susuri menuju Klaten dan Boyolali hanya bersebelahan dengan Merapi. Sungguh menghairankan, dari kenyatan teman dan kenalan yang sama di dalam perjalanan menunjukkan tanda yang tiada apa yang patut ditakutkan. mungkin daya tahan mental mereka tegar hingga sedikit pun mereka tidak merasa gentar.
sesampai di Semarang, hati walang bertukar girang. syukur pada Tuhan yang memberi aku waktu sedikit lagi. aku tidak mampu terus tidur dan di dalam kelelahan seperti kebiasaannya aku sempat mencatitkan nukilan peribadi tentang pengalaman yang tidak mungkin dapat aku lupakan sampai mati. catatan di sini memaksa aku mengalirkan airmata sekaligus mengizinkan aku memaksa hati dan qalbu tunduk mengalah kepada yang Satu.


SINOPSIS : bertuahnya tanah tempat tumpah darahku.

p/s : muka pucat lesi bila nampak asap Merapi memancut tinggi.

Saturday, November 20, 2010

mangsa pertembungan budaya kerja.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.
hari ini, SABTU; 20 NOVEMBER, 2010 (syhhhh...kak ct berangan nak jadi wartawan neh). haishhh leceh. baik aku terus aje tulis. instant and easy.

aku bukan kaki kelentong ok...kesian PENYU
pagi-pagi dahi sudah berkerut seribu. memang wartawan serata alam pandai bermain dengan tajuk berita. aku boleh tabik hormat pada mereka. beruk terkejut lagi...e'eh tersilap ungkap. terkejut beruk lagi bila terpandang tajuk besar di salah satu helai akbar hari ini :






Penyu jadi mangsa kerana Malaysia 
jangan tidak percaya, aku ada bukti prima facie. aku sertakan gambarnya sekali di sini.

berita lanjut kenalah baca sendiri. kalau aku tulis di sini, mahu jadi " novel " entri aku nanti. google saja utusan malaysia - sabtu, 20/NOV/2010.

SINOPSIS : bila terjadi pertentangan budaya kerja antara ikhlas mahu beramal atau mahu glamour, yang jadi mangsa dalam hal ini ialah Si Penyu.

MORAL OF D'ENTRY : LOVE OUR NATURE

P/S : yang ada depan mata cuma kuwe-kuwe yang mana saiznya hampir sama dengan anak penyu dalam gambar itu. salah tu kak ct. betulkan ejaan kak ct. kura-kura bukan kuwe-kuwe. adeeiii...macam mana mahu jadi wartawan neh.

Friday, November 19, 2010

berontak

dan berontak lagi tapi cuma dalam hati...

bismillahirrahmanirrahim.
pekak buta dan bisu

kalau dengan aku
senyap sunyi macam nampak hantu
kalau dengan aku
berat mulut macam ada batu
kalau dengan aku
sepatah aku sepatah kamu
kalau dengan aku
mendengar macam mahu tidak mahu
kalau dengan aku
gelisah cepat terburu-buru
kalau dengan aku
macam tidak boleh berfikir, buntu
kalau dengan aku
idea tidak mari, beku.

kalau dengan dia
manis wajah macam gula
kalau dengan dia
gelak ketawa lupe dunia
kalau dengan dia
bercakap sampai tidak cukup masa
kalau dengan dia
boleh pulak berbual banyak perkara
kalau dengan dia
jawapan skeptikal "boleh saje"

kalau dengan aku
engkau jadi buta, tuli dan bisu
macam patung yang di atas itu
kalau dengan dia
bagaikan dunia ana yang punya

sinopsis : mahu rejam sampai mati. siapa ya yang harus direjam. bukan itu hukumannya hukum Allah. halalkan saja waktu yang tidak terpenuhi dan yang telah dia curi. waktu dunia, lamanya pun tidak seberapa. serahkan kepada Allah SWT mengadilinya.

p/s : kena pasrah lagi. terpaksa? redha!

Wednesday, November 17, 2010

demi sesuap nasi...

syukur pada Allah SWT.

apa pun pasti dilakukan demi sesuap nasi walau menerima upah Rp.500 bersamaan RM0.20. dengan alat muzik yang ntah apa-apa mereka melewati kedai ke kedai sambil menyanyikan lagi porpular di kala ini. tajuk lagunya aku kurang pasti sebab aku memang kurang rajin mendengar lagu-lagu dari negara mereka. namun lagu yang dinyanyikan berjaya mencuri perhatianku. sedap jugak lagu ni, dalam hatiku berbisik.
bagus suaranya.
sayang...aku tidak tahu tajuk lagunya.
peluh menyimbah dahi apabila disuruh menyanyi hingga 3X.
selesai mereka mendendangkan 3 buah lagi, aku menghulurkan Rp.15,000. after converting cuma RM5.50. itu pun sudah dikira lumayan kata kenalan aku yang memang berasal dari sana.

moral of the entry : berusaha demi sesuap nasi.

p/s : di sini, agaknya kalau disuruh berulang-ulang kali mahu dihempuknya kita dengan gitar itu. walau pun saisnya kecil, berdengung jugaklah sekejap.

* yang berbaju t-shirt putih bukan ahli kumpulan ini. ada jugak aku kena debik kalau aku lupa beritahu kenyataan ini. mampuih!!!

padat serta sendat yang tegar.

alhamdulillah.
masih dikurniakan sedikit waktu bercerita sekadar termampu.

sekali lagi aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia, hidup di Malaysia. walau ramai yang merungut itu ini begitu begini di sana di situ di sini di mana-mana ada-ada saja yang meluahkan rasa tidak puas hati. bersikap "qanaah" itu baik namun janganlah sikap itu meng"hadang" untuk kita terus berusaha kerana Allah sangat sayang kepada mereka yang rajin dan terus berusaha. wallahua'alam.

Kepadatan Penduduk Tegar.
hampir tidak terdapat ruang kosong di antaranya. kalau ada pun pasti ditanam padi walau luasnya hanya sekangkang kera. gila dalam hatiku berkata. namun itulah realiti kehidupan di negara jiran yang segelintir daripada mereka kadangkalanya bersikap "lupa daratan".

hampir setiap inci terpenuhi.

dalam hatiku berdetik lagi. tidakkah mereka takut akan musibah tanah runtuh sedang mereka tahu bahawa negara mereka terletak di kawasan lingkaran gunung berapi aktif. apakan daya mereka. kehidupan harus diteruskan walau nyawa di badan harus dikorbankan.
di waktu malam...
sepanjang jalan aku menarik nafas panjang, dalam-dalam menahan airmata dari luruh. syukur Ya Rabb, bumi yang aku pijak aman damai serta jauh dari bencana alam.

p/s : kadang-kadang hairan pada mereka yang suka memberontak tidak tentu pasal. mungkin faktor cuaca agaknya.

Wednesday, November 3, 2010

sudah jadi Wednesday Blues pulak.

mood terkucil hari ni...monday wednesday blues
bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

hari ini hari rabu, 3hb. november, 2010. hari rabu bukan hari isnin. tapi kenapa pagi-pagi aku dah blues. pagi-pagi sudah cari tissue mahu lap airmata. apa sudah jadi. apalah, mahu tunggu hari isnin ke baru nak blues. sedih yang mahu datang bukannya kira hari. kadang-kadang seminit selepas ketawa macam orang hilang akal aku boleh senyap macam dilanggar garuda. bukan garuda blogger yang itu. ini perumpamaan saja. terkial-kial mencari dari mana puncanya. tapi bila aku fikir-fikir, redha itu banyak hikmahnya dari marah-marah dan boleh padamkan kemarahan. aku akur untuk menjadi seperti di sini


p/s : mahu merajuk tapi sikap suka merajuk ini merugikan. boleh trigger sahaja dan tidak elok diamalkan.

Tuesday, November 2, 2010

6 tahun aku tunggu and at last...yeaahhhh.

alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak apa yang aku hajati. enam tahun aku sabar menunggu untuk mendapatkannya. rasa-rasanya apakah bendanya itu? tidak mahal mana pun. boleh saja aku pergi beli sendiri. tapi sengaja mahu manja atau lain perkataan yang lebih tepat lagi...mengada-ngada mahu suruh orang belanja.
nanti bila aku tunjukkan bendanya, mesti ada yang kata, ermmm...benda ni, tak payahlah nak tunggu sampai enam tahun. beli ajalah kat hyper market yang macam cendawan tumbuh kat malaysia ni. betul ni nak tahu jugak. tapi kena janji, jangan mengata, mengumpat atau mengeji. tiada maaf bagimu...uhhh merbahaya ayat tu seh. baiklah, tanpa membuang masa, sekejap lagi akan aku tunjukkan. jeng jeng jeng...
hape...water springkler. ye, betol...water springkler.
ha, kan betul aku kata. ramai yang akan ketawakan aku. tak apa, aku tak marah pun kalau engkau orang ketawakan aku kerana sanggup tunggu sampai enam tahun kerana benda ni. yang thrill sekali masa lepas pasang dan setting automatik timer. siap baca bismillah bila nak on. kelakar kelakar. bab ni dah lepas. yang lagi kelakarnya bila air tersembur keluar dari nozzle dengan hizzing soundnya sekali semua menjerit dan tepuk tangan tanda berjaya....yeaaaaaaaaaaa. dengan-dengan aku so call mak budak pun terlompat-lompat macam kera kena belacan. aneh-aneh perangai. tiba-tiba...jap jap...bukak baju bukak baju...amek gambo amek gambo...cehhh, kuno, macam jakun. orang sakai pun dah maju. minta maaf tok batin. tengok ni, lagi haru...
pat bergambo ni yang tak boleh tahan...poyosssss.
tapi minta maaf la ya *tuan/puan/encik/cik (potong yang mana tidak berkenaan), ada bahagian-bahagian yang terpaksa di sensor bagi menjaga nama baik sebab pusat tu aurat..huahuahua. lawak seyyyy.

aku enjoy, kami enjoy. tidak rugi rasanya aku tunggu hingga enam tahun untuk memilikinya. dan kini aku tahu kenapa baru sekarang Allah SWT mengizinkan aku memilikinya. i love my kebun very much.

p/s : rumah orkid telah tersergam indah, pokok orkidnya ciput. tungguuuuu...harimau (ATM) ada di mana-mana. nasib baik beli pokok bunga tak boleh guna credit card, kata en. suami. hampeh dalam hatiku merungut.

handphone aku xde kompas