bismillahirrahmanirrahim.
pekak buta dan bisu |
kalau dengan aku
senyap sunyi macam nampak hantu
kalau dengan aku
berat mulut macam ada batu
kalau dengan aku
sepatah aku sepatah kamu
kalau dengan aku
mendengar macam mahu tidak mahu
kalau dengan aku
gelisah cepat terburu-buru
kalau dengan aku
macam tidak boleh berfikir, buntu
kalau dengan aku
idea tidak mari, beku.
kalau dengan dia
manis wajah macam gula
kalau dengan dia
gelak ketawa lupe dunia
kalau dengan dia
bercakap sampai tidak cukup masa
kalau dengan dia
boleh pulak berbual banyak perkara
kalau dengan dia
jawapan skeptikal "boleh saje"
kalau dengan aku
engkau jadi buta, tuli dan bisu
macam patung yang di atas itu
kalau dengan dia
bagaikan dunia ana yang punya
sinopsis : mahu rejam sampai mati. siapa ya yang harus direjam. bukan itu hukumannya hukum Allah. halalkan saja waktu yang tidak terpenuhi dan yang telah dia curi. waktu dunia, lamanya pun tidak seberapa. serahkan kepada Allah SWT mengadilinya.
p/s : kena pasrah lagi. terpaksa? redha!
6 comments:
maknanya ada alasan yang perlu dibagi..atau mungkin mencari alasan ketidakserasian...
masa untuk angkat kaki..
> biskut : alasan lapok!
> solihin : ermmm...betol jugak tu..terus ambil wuduk..solat sunat hajat...doa supaya dia tak pekak bisu & buta...phewwww
Ibu..
Ida datang sini dengan mata kedip kedip sambil buat muka comel..sapa yang berani buat macam ini kat ibu saya ? Meh sini saya babap dia
> suara kalbu : patung tu! tengoklah tu!. ibu cancel xjadi beli. biar dia hangus kena merapi nun.
* lagi pun xbagus ada hiasan patung kan!
Post a Comment