Wednesday, November 17, 2010

demi sesuap nasi...

syukur pada Allah SWT.

apa pun pasti dilakukan demi sesuap nasi walau menerima upah Rp.500 bersamaan RM0.20. dengan alat muzik yang ntah apa-apa mereka melewati kedai ke kedai sambil menyanyikan lagi porpular di kala ini. tajuk lagunya aku kurang pasti sebab aku memang kurang rajin mendengar lagu-lagu dari negara mereka. namun lagu yang dinyanyikan berjaya mencuri perhatianku. sedap jugak lagu ni, dalam hatiku berbisik.
bagus suaranya.
sayang...aku tidak tahu tajuk lagunya.
peluh menyimbah dahi apabila disuruh menyanyi hingga 3X.
selesai mereka mendendangkan 3 buah lagi, aku menghulurkan Rp.15,000. after converting cuma RM5.50. itu pun sudah dikira lumayan kata kenalan aku yang memang berasal dari sana.

moral of the entry : berusaha demi sesuap nasi.

p/s : di sini, agaknya kalau disuruh berulang-ulang kali mahu dihempuknya kita dengan gitar itu. walau pun saisnya kecil, berdengung jugaklah sekejap.

* yang berbaju t-shirt putih bukan ahli kumpulan ini. ada jugak aku kena debik kalau aku lupa beritahu kenyataan ini. mampuih!!!

10 comments:

ctpayong said...

kata anak kak ct..lagu tu tajuk dia C.I.N.T.A oleh D'Bagindas...ishhh tak ler sampai promote lagu ni.

Encik MamaT said...

ooo... awat tak request lagu... hehe... boleh bayar lebih sikit...

Suara Kalbu said...

Salam Ibu,

Terkadang melihat kesusahan orang lain bekerja keras untuk mendapat rezeki yang sekecil itu buat ida rasa insaf. Terkadang marah juga mengenangkan anak-anak muda kita di sini lebih tega merempit dan membuang masa di jalanan daripada menjadi pemuzik jalanan seperti ini.

ctpayong said...

> en mamat : they dont mind either tapi mbak surti ngak pasti tajok lagunya doank!

* mmg mental & fizikal dia org strong demi meneruskan kehidupan! sob sob sob

ctpayong said...

> suara kalbu : tak pernah sekali pun news mereka melapurkan kes ragut sepanjang ibu kat sana. kepadatan motor di jalan raya sama seperti kepadatan penduduknya.

apapun dia org lakukan dgn cara terhormat utk hidup.

* tapi bila sudah merantau sebilangan kecilnya berlagak jadi samseng kutik pulak.

Unknown said...

kak ct, atok tak leh tinggal an jojak kek shoutbox....so, atok tinggal an kek sini...tulah, kadang2 kalau kito pikir kojo kito susah, ado lagi susah dari kito kan

Misz-ella said...

btl kak ct. masa ella pegi dulu pun, ella tgk mcm2 diaorg buat demi sesuap nasi. Kak CT sehat??

ctpayong said...

> suhami ahmad@atok...kekadang sedih pun ade jugak bila tengok budak datang dekat kita nak gilap kasut...luruh hati..berkecai rasanya.

bertuahnya hidup di bumi mesia.

ctpayong said...

> ella : sampai2 diaorg tak endahkan larangan risiko merapi demi nak beri rumput pada ternakan yang mereka tinggalkan...sadisnya.

Solihin Zubir said...

asalkan diorang x wat jenayah...

handphone aku xde kompas