Tuesday, November 2, 2010

6 tahun aku tunggu and at last...yeaahhhh.

alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak apa yang aku hajati. enam tahun aku sabar menunggu untuk mendapatkannya. rasa-rasanya apakah bendanya itu? tidak mahal mana pun. boleh saja aku pergi beli sendiri. tapi sengaja mahu manja atau lain perkataan yang lebih tepat lagi...mengada-ngada mahu suruh orang belanja.
nanti bila aku tunjukkan bendanya, mesti ada yang kata, ermmm...benda ni, tak payahlah nak tunggu sampai enam tahun. beli ajalah kat hyper market yang macam cendawan tumbuh kat malaysia ni. betul ni nak tahu jugak. tapi kena janji, jangan mengata, mengumpat atau mengeji. tiada maaf bagimu...uhhh merbahaya ayat tu seh. baiklah, tanpa membuang masa, sekejap lagi akan aku tunjukkan. jeng jeng jeng...
hape...water springkler. ye, betol...water springkler.
ha, kan betul aku kata. ramai yang akan ketawakan aku. tak apa, aku tak marah pun kalau engkau orang ketawakan aku kerana sanggup tunggu sampai enam tahun kerana benda ni. yang thrill sekali masa lepas pasang dan setting automatik timer. siap baca bismillah bila nak on. kelakar kelakar. bab ni dah lepas. yang lagi kelakarnya bila air tersembur keluar dari nozzle dengan hizzing soundnya sekali semua menjerit dan tepuk tangan tanda berjaya....yeaaaaaaaaaaa. dengan-dengan aku so call mak budak pun terlompat-lompat macam kera kena belacan. aneh-aneh perangai. tiba-tiba...jap jap...bukak baju bukak baju...amek gambo amek gambo...cehhh, kuno, macam jakun. orang sakai pun dah maju. minta maaf tok batin. tengok ni, lagi haru...
pat bergambo ni yang tak boleh tahan...poyosssss.
tapi minta maaf la ya *tuan/puan/encik/cik (potong yang mana tidak berkenaan), ada bahagian-bahagian yang terpaksa di sensor bagi menjaga nama baik sebab pusat tu aurat..huahuahua. lawak seyyyy.

aku enjoy, kami enjoy. tidak rugi rasanya aku tunggu hingga enam tahun untuk memilikinya. dan kini aku tahu kenapa baru sekarang Allah SWT mengizinkan aku memilikinya. i love my kebun very much.

p/s : rumah orkid telah tersergam indah, pokok orkidnya ciput. tungguuuuu...harimau (ATM) ada di mana-mana. nasib baik beli pokok bunga tak boleh guna credit card, kata en. suami. hampeh dalam hatiku merungut.

8 comments:

ieda =.= said...

wahhhhh...best dpt mndi camtuu ramai2..
heheh :-)

Suara Kalbu said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaa... ibu..

Part 3 orang duta tu takleh tahan..kikikikiki..

Cepat datang sungai buloh bu.. kasi rembat semua pokok bunga .. takpun datang taman orkid kat KL ni. Belakang opis ida jer.. ribu riban orkid santek2 kat situ

Durrani Zamri said...

haha...best nye ada water sprinkler.!
hahahhaa, kalau ada satu, boleh main hujan.....buatan..hihih

**nak berkebun bunge...suka2...

ctpayong said...

> dudu : mmg best!

>> suara kalbu : 3 duta tu impot mali mae.

>>> bit : jom, abes exam leh dtg sini. camping & BBQ nite..

Nasz said...

Mesti ada taman yang cantik kan? Bestnya!

ctpayong said...

> nasz : bukan tamab tapi kebun but if possible kak ct nak jadikan kebun tu satu tempat yg org suka dtg bukan kerana musim buah aje.

azzey said...

ctpayong: model2 tu yg terhangat di pasaran tu....hu3....tahniah! berkat kesabaran dpt juga apa yg dihajati kannnnnn.....

p/s: slm ziarah & salam kenal ye.....

nur said...

hehhe.. bestnya.. berapa rm water sprinkler ni?..mahai ka?
yang bestnya model2 tu.. kalah dak2 kecik
ALL IN ONE
salam kenal

handphone aku xde kompas