Tuesday, November 30, 2010

separuh sempurna pun susah mahu ketemu

bismillahirrahmanirrahim.
masih lagi dalam kondisi sakit gigi.

thank you google
jumaat ini ada pemuda mahu datang merisik aku..eh adik aku yang bongsu. masih ingat lagi pesan arwah ayah aku dulu, jangan terlalu memilih. akal kita tidak terjangkau untuk memikir takdir. redha atas ketentuannya. kalau sudah dinamakan jodoh, tidak akan kemana. jodoh itu hak Allah. memang arwah ayah seorang yang tebal agamanya. cuma keturunannya yang makin lama makin nipis dan tipis. emak aku macam kurang setuju dengan "mambang" yang mahu masuk meminang ini. kata emak, sendiri belum steady ada hati mahu berbini. aku dengan adik beradik yang lain jadi buntu. emak bukan calang-calang orang. kalau sudah hitam kata hatinya, hitamlah sampai bila2.

aku pujuk emak supaya jangan terlalu memilih. mereka sudah berkawan lama, tidak elok kita biarkan begitu saja tanpa ikatan apa-apa. sepatutnya kita sudah bersyukur si "mambang" ini bukan sekadar kawan suka-suka. emak diam. mengiakan pun tidak menidakkan pun tidak. aku kata lagi pada emak, usahkan sepenuhnya sempurna, lebih sedikit dari setengah sempurna pun susah mahu jumpa. aku harap emak faham apa yang mahu aku maksudkan.

susah jugak jadi anak sulong. bila ayah sudah tiada, banyak perkara yang aku kena tanggung.

semoga majlis yang dirancang diberkati Allah.

p/s : agaknya nada suaraku terkuat sewaktu berbincang dengan emak tempoh hari. sebab itu agaknya aku sakit gigi. Ya Rabb, buat niatku dan sesungguhnya Engkau lebih tahu apa ada dalam hatiku. ampunilah aku.

10 comments:

Misz-ella said...

Di persimpangan ya kak?? Mohon petunjuk pada "DIA" ye kak. Mudah-mudahan ..

Cik SHiNJU said...

Salam...

Semoga dipermudahkan segala urusan..
Semoga roh Allahyarham ayahanda anda dicucuri rahmat olehNYA...

ghost said...

orangtua selalu dengan alasan relevan mereka..mau lihat anak-anak punya kehidupan yang lebih baik...tidak mahu anak-anak merasa serba kekurangan..Kadang2 dipenuhi pada satu sifat tetapi dikurangkan bagi satu sifat lagi.Memilih jugak bukan suatu yang teruk sebab sapa2 mau yang terbaik,tapi untuk mendapatkan yang betul2 terbaik kena menjadi yang terbaik.

Aku tak kawen sampai sekarang bukan sebab apa,bukan meilih tapi masih kurang percaya.

Pala Maldini said...

orang kata.. tak kenal maka tak cinta..

mudah2an 'mambang' tu pandai2lah mengambil hati bakal emak mentuanya..

Encik MamaT said...

ibu bapa nakkan yang terbaik utk anak2 mereka... tapi kadang2 yang 'terbaik' tu hanya diukur dari segi materi sahaja...

Anonymous said...

Salam

Oh, merisik adik.
Ya peranan dan tanggungjawab sebagai anak sulung sangat tidak mudah. Saya doakan semua berjalan lancar dan semoga dijauhkan perkara yang tidak diingin dalam urusan ini.

Asri Alam said...

masing-masing ada pendapat. sis ada pendapat, mak pun ada pendapat sendiri. cuma kadang2 terlepas pandang keputusan mana yang lebih sesuai. tapi setuju dgn sis tu

azzey said...

ctpayong: sker ayat ...akal kita tak terjangkau untuk memikir takdir....

suichi said...

semoga berjalan lancar majlis itu~~amiiin~~~

Unknown said...

orang tue kite slalu nk yng terbaik tok kita kn... :)

kakak dulu pn mak x kasi cam adik akak ni la.. tp bile d pujuk berhasil gak..:)

handphone aku xde kompas