alhamdulillah.
masih dikurniakan sedikit waktu bercerita sekadar termampu.
sekali lagi aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia, hidup di Malaysia. walau ramai yang merungut itu ini begitu begini di sana di situ di sini di mana-mana ada-ada saja yang meluahkan rasa tidak puas hati. bersikap "qanaah" itu baik namun janganlah sikap itu meng"hadang" untuk kita terus berusaha kerana Allah sangat sayang kepada mereka yang rajin dan terus berusaha. wallahua'alam.
|
Kepadatan Penduduk Tegar. |
|
hampir tidak terdapat ruang kosong di antaranya. kalau ada pun pasti ditanam padi walau luasnya hanya sekangkang kera. gila dalam hatiku berkata. namun itulah realiti kehidupan di negara jiran yang segelintir daripada mereka kadangkalanya bersikap "lupa daratan".
|
hampir setiap inci terpenuhi. |
|
|
dalam hatiku berdetik lagi. tidakkah mereka takut akan musibah tanah runtuh sedang mereka tahu bahawa negara mereka terletak di kawasan lingkaran gunung berapi aktif. apakan daya mereka. kehidupan harus diteruskan walau nyawa di badan harus dikorbankan.
|
di waktu malam... |
sepanjang jalan aku menarik nafas panjang, dalam-dalam menahan airmata dari luruh. syukur Ya Rabb, bumi yang aku pijak aman damai serta jauh dari bencana alam.
p/s : kadang-kadang hairan pada mereka yang suka memberontak tidak tentu pasal. mungkin faktor cuaca agaknya.
4 comments:
ctpayong: mmg padat kannnnn...
> azzey : memang padat gila
Salam Ibu,
Mak oiiiii... kalau dah padat macam ini, confirm ida takleh lalu celah-celah. Ida kan comel dan gebus... hihihihiih
> suara kalbu : kenalah on and off jadi dorae-mon! ngeh ngeh ngeh...
Post a Comment