Sunday, January 16, 2011

hadiah paling mahal untuk ibubapa.

al kisah bila sudah sampai masa
tidak perlu susah-susah untuk dapat hidayah Allah.
thank you google
bismillahirrahmanirrahim. tidak perlulah mukaddimah segala. nanti dari mahu tulis cerpen (cerita pendek) jadi cerpan (cerita panjang) pulak.

mesyuarat balcony aka mesyuarat tingkap pertama 2011

aku : lama tak nampak zhu?
ejaan zhu, sebutan zoo. ishh pepagi dah buat dosa kering.
jiran : ada, biasalah week end ke kebun. hari ni rasa cam tak sedap badan pulak. nak tanya sikit la kat hanna.
aku : banyak pun boleh zhu.
sengeh.
jiran : hari tu hanna cakap apa ngan anak bujang zhu?
garu kepala yang memang gatal pun. dalam hati berkira-kira, adakah zhu berkecil hati dengan apa yang aku bualkan dengan anaknya tempoh hari.
aku : ermmm..takde apa. cerita-cerita biasa aja. kenapa zhu? yazid ada mengadu apa-apa ke? sorrylah kalau dia terasa hati.
jiran : dia ada cerita terjumpa hanna, cuma sejak hari tu, dia banyak berubah.
berubah apa pulaknya si yazid ni. aku reverse untuk mengingati biji butir perbualan kami tempoh hari.
aku : berubah yg +ve ke -ve? ke dia nak kawen?
jiran : ishhh hanna ni. diri sendiri mak bapak tanggung. mampus anak orang tak makan.
aku sengeh lagi. macam kerang busuk kerja menyengeh aje sejak tadi.
jiran : sejak dia berbual ngan hanna hari tu, dia mula menghafal surah Yassin.
berkerut dahi aku sekejap.
jiran : apa yang hanna beritahu dia sampai berubah 360darjah.
aku : alhamdulillah, baguslah.
tidaklah menduga ada bakat jadi kaunselor. padahal waktu belajar, itulah subjek yang buat CGPA aku merudum.
jiran : zhu naklah tahu jugak. kok ada jampi serapah yg hanna baca.
aku : ishhh! tak adalah sampai berjampi-jampi. hanna cakap kat yazid, "untung jadi yazid. mak ayah usaha sediakan apa termampu untuk yazid bila mereka sudah tiada. kalau kita mahu balas budi ibubapa, sampai mati pun tidak terbalas budi baik mereka. yang paling baik kita jadilah anak yg soleh/soleha. itulah hadiah yang terbaik dari kita untuk mereka."
jiran : syukur alhamdulillah. terima kasih hanna.
aku : zhu, hanna cerita saje-saje. tak sangka pulak masuk kepala. biasalah budak zaman sekarang. kalau ibubapa yang cakap, sampai terjelir lidah pun dia orang buat macam masuk angin keluar asap. nanti turn zhu sekolahkan anak hanna pulak ye.
jiran : boleh! boleh! insyaallah.
kami ketawa berderai.

SINOPSIS : hadiah paling mahal untuk kedua ibubapa kita.

p/s : uik, kembang hidung aku bila dapat kredit macam ini. namun akur, aku sekadar menegur. hidayah itu datang dari Allah SWT.

16 comments:

ghost said...

kak siti nih sebenarnya berbakat besar dalam genre sastera...bukan setakat poems tapi bidang penulisan cerpen juga mantap lah...

(aku belum menjadi anak yang baik lagi...huhu..gimana aku mahu menjadi hadiah paling berharga untuk ortu aku..)

Asri Alam said...

hadiah paling mahal agaknya menjadi anak soleh bukan? aku masih tak mampu. aku cuba usahakan, melawan kedegilan hati

a loqman said...

aku paling lemah ialah dalam penulisan..sekarang ni aku masih belajar dalam memantapkan penulisanku.hanya doa je untuk kedua ibu bapa ku.....mereka telah tiada

Siti Hajar Masri said...

InsyaAllah saya akan berusaha menjadi anak yang solehah..hehe~

boleh jadi pakar motivasi ni..hehe~

azzey said...

Sama2 kita berusaha jd anak yg soleh & solehah..:)

Anonymous said...

Salam kak CT...
Usaha mendidik memang tidak terbatas oleh apapun jua.
Jika niat itu ikhlas dan bersih, Insya Allah akan terkesan dan terserlah akan hasilnya...

suichi said...

fulamak...besst2!!

Anonymous said...

Alhamdulillah, mengembalikan seorang anak dan anak Adam ke jalan yang lurus. Semoga Allah merahmati usaha akak ni.

=)

Pala Maldini said...

tahniah! and.. "like" (macam button dalam fb)

LadyBird said...

Alhamdulillah... :)..
bagusnya kak citi :)

e. indah said...

rindu pula kat org tua di kampung ..huhuu

Amri Abd Rani said...

anak solehah mungkin hadiah teragung utk seorang ibu/bapa...

nurul rasya said...

jadi anak yang soleh dan solehah

Unknown said...

hanya dengan kata-kata sahaja.. manusia boleh berubah..:)

thumbs up untuk kak ct...

ctpayong said...

to GW : bila mahu berpesan atau menyampaikan, kena variasi, sebab manusia pun bermacam-macam asam garamnya. masa shj selalu cemburu dgn kak ct.

to sasa : degil pun kena tengok tempat. patut degil dan berdegil@ego kita juga kena pertahankan.

to a logman : berdoa untuk kedua ibubapa adalah antara ciri2 anak yg soleh/soleha, ameen.

to SHM : usaha tangga kejayaan.

to azzey : mudah2an. ingatkan kak ct juga ya.

to suichi : menjadi anak yg soleh/soleha tidak perlu modal tapi daya mental kena kuat.

to SS : keberadaan sekadar mendorong menjana iman tersohor.

to PM : tahniah jugak kepada kamu kerana "like" mcm di FB.

to LadyBird : kalau tidak bantuan kalian kak ct pun kadang "menyetan" gak.

to e indah : rindu kepada orang tua adalah bunga2 iman.

to pak wi : tiada lain yg paling mahal yg termampu oleh kita untuk kita berikan kepada mereka. kita pun bukan dari kalangan harta jana harta. semoga kita berjaya.

to she retarded : moga2 kita berjaya. kita cuba! kita cuba!

to azana : kita buat apa yang termampu untuk saling bantu membantu. mahu derma ribu-ribu pun kita sendiri masih perlu.

Solihin Zubir said...

sy harap sy dpt jd anak soleh..
bkn hanya sekadar soleh pada nama sahaja..

handphone aku xde kompas