Tuesday, November 23, 2010

pengalaman itu mengajar dan menyadarkan aku.

betapalah bertuahnya bumi malaysia ini.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.
hampir tidak kelihatan kenderaan di hadapan.
jangan silap. bukan tujuan menunjuk-nunjuk bila aku selalu ke sana dan sibuk bercerita pasal negara jiran tetangga. atas urusan kerja jugaklah yang membawa aku ke sana walaupun boleh aku kira negara jiran kita ketika itu sedang tidak aman oleh amaran Tuhan. pun seperti Allah SWT mengerti dan menghadiahkan aku pengalaman ngeri ini supaya aku patri kemas iman dalam hati. tujuan asal memang ke Yogyakarta untuk mengemaskini urusan yang belum selesai. hajat hati mahu bermalam dua atau tiga hari terpaksa aku kuburkan kerana keadaan yang amat tidak mengizinkan. aku dinasihatkan pulang dan bermalam di Semarang.

kereta yang berwarna hitam bertukar menjadi putih.
sepanjang jalan dariYogyakarta ke Semarang membuatkan aku cemas. debu memenuhi jalan dan sekali sekala hampir tidak kelihatan kenderaan di hadapan. udara sudah berbau belerang kerana telah bercampur-baur dengan debu Merapi yang garang. denyut jantung menjadi sedikit pantas mungkin kerana cemas. amaran tidak membenarkan umum lewati kawasan yang radiusnya kurang dari 20km sekitar Merapi. hati kecil meratap ngeri dan sesekali memarahi sikap degil yang jengkil.

namun bagi mereka, hidup mesti diteruskan.


Ya Tuhan, apakah yang mahu Engkau khabarkan kepadaku. hanya Engkau yang mampu tahu keadaan aku di kala kenderaan yang aku naiki di penuhi debu Merapi itu. rungutan sekadar di dalam hati namun sesekali  kelihatan jelas muka aku menjadi pucat seperti tidak berdarah lagi. masakan tidak, jalan yang aku susuri menuju Klaten dan Boyolali hanya bersebelahan dengan Merapi. Sungguh menghairankan, dari kenyatan teman dan kenalan yang sama di dalam perjalanan menunjukkan tanda yang tiada apa yang patut ditakutkan. mungkin daya tahan mental mereka tegar hingga sedikit pun mereka tidak merasa gentar.
sesampai di Semarang, hati walang bertukar girang. syukur pada Tuhan yang memberi aku waktu sedikit lagi. aku tidak mampu terus tidur dan di dalam kelelahan seperti kebiasaannya aku sempat mencatitkan nukilan peribadi tentang pengalaman yang tidak mungkin dapat aku lupakan sampai mati. catatan di sini memaksa aku mengalirkan airmata sekaligus mengizinkan aku memaksa hati dan qalbu tunduk mengalah kepada yang Satu.


SINOPSIS : bertuahnya tanah tempat tumpah darahku.

p/s : muka pucat lesi bila nampak asap Merapi memancut tinggi.

20 comments:

Anonymous said...

Salam

Satu perkongsian yang berharga. Rasa bersyukur sebab saya berada di Malaysia yang bebas bencana dan rusuhan. Tapi sedih melihat sesetengah individu yang masih tidak memahami erti menghargai.

ctpayong said...

> sephia : memang mereka diselimuti kerumitan hidup yang tegar.

Asri Alam said...

wah.. ngeri tu. tiada kepastian.. bila2 ja berlaku sesuatu perkara yang tak dijangka

Encik MamaT said...

bila terjadi di negara jiran.. kita kata itu kafarah atau itu kerana perbuatan mereka... tapi kat Malaysia kita merasa aman... aman itu juga ujian...

ctpayong said...

> sasa : itu peringatan..jgn sampai kita lupa daratan.

ctpayong said...

> en mamat : kemewahan dan kesenangan adalah ujian bagi mereka yang kurang bersyukur...takut weiiii.

ej said...

huhuhu... cam ngeri je kan bila lalu sebelah merapi. kita tatau biler mender tu nak meletus lagi.. isk..

wahida said...

salam sis, saya pun baru balik dr Indon, hari kedua kami di bandung, kami dikejutkan dgn gunung merapi...takut!
anyway, salam kenal, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!

yott said...

sy prnh merasa gempa bumi masa tu kat bandung...weeii kuat snggh gegar..
brsyukur sgt2 dgn negaraku..

Solihin Zubir said...

tak dapat dibayangkan kalau semua itu berlaku kat negara kita..
nauzubillah...

Khairy said...

peh..pengalaman yang best. Tak ramai yang dapat merasa.. Syukur apa yang ada..

ctpayong said...

> ejai : tengok debu ngan terbau belerang kat udara pun dah kecut perut.

>> yott : asap dia sampai sket kot sebab angin bertiup ke arah sana.

>>> solihin : betul tu.

>>>> khairy : kak ct pun rasa camtu jugak.

Suara Kalbu said...

Tak dapat nak imagine macam mana takutnya tapi tengok rancangan Majalah 3 hari tu pasal letusan gunung merapi ni rasa macam ngeri sangat.

Kasihan tengok mereka semua trauma dan kehilangan orang yg mereka sayang.

Hajar said...

sesungguhnya kita harus bersyukur berada di Malaysia..

ctpayong said...

> suara kalbu : news hari ni pun ckp yg sama, atas sbb kesulitan hidup, mereka tak takut gadai nyawa. sadis..

ctpayong said...

> hajar : daya tahan mental yg cukup kental..berani mati utk cari sesuap nasi! aduhai indahnya Malaysia.

Pala Maldini said...

memang syukur Malaysia tiada bala2 besar macam di seberang tu.. kalau ada pun, banjir..

ctpayong said...

> PM : sememangnya kita harus syukur sangat2

sud@is said...

ngeri je kan, syukur kita diberi keamanan...tq kongsi berita

azzey said...

ctpayong: alhamdulillah dilahirkan dan tinggal dlm negara yg aman....:)

handphone aku xde kompas